ADUH !! Sakitnya Gigi

Assalamualaikum

Hai semua, selamat petang. Sihat? Kalau tak sihat jangan laa main laptop lagi. Pergi rehat ye. ( Ehh cakap orang, dia pun tak sihat)

Ye, leya tak sihat. tapi leya mampu lagi berjalan, bercakap, Dah berapa bulan leya sakit gigi, tapi leya biarkan saja. Sebab dia kejap sakit, kejap hilang sakitnya tuh. Tuh sebab leya biarkan sahaja. Tapi dua tiga hari ni sakit dia melampau. Terlalu bengkak. Bukan sakit gigi sebab tak gosok gigi mahupun makan gula-gula banyak. Tapi ni sakit gigi sebab Gigi Geraham Bongsu nak tumbuh. Bangun tidur je rasa sakit nak buka mulut. Makin tebal bengkaknya. 

Lepas breakfast pagi tadi, leya mengadu sakit dekat ibu, ibu cakap "Gigi bongsu kau nak tumbuh tu". Leya ingatkan gigi leya sakit sebab mengunyah terlalu kuat sampai melecet gusi yang dalam tuh. Tapi rupanya, gigi si bongsu ni nak tumbuh rupanya. Sakit gigi ni adalah sakit yang paling sakit di dunia. Ehh faham tak? Ni apa yang leya tahu. 3 sakit yang paling sakit ialah :-

  • Kematian
  • Sakit Gigi
  • Sakit melahirkan anak.


Ini ada lah sakit yang paling sakit sekali. Sakit gigi tuh dengar macam remeh-temeh je kan? Tapi nak makan pun tak lalu. Itu apa yang terjadi dekat leya sekarang. Nak telan air pun sakit. Kedudukan gigi bongsu leya sekarang senget. Mungkin tumbuh senget. Jangan sakit gigi sampai demam sudah laa. Okey itu sahaja luahan sayu pesakit gigi ni. See you next entry. Bye bye. Pyong

6 comments:

  1. Semoga cepat sembuh leya..
    By the way, sakit nk beranak tu no 2, pastu baru sakit gigi.. hee

    ReplyDelete
  2. boleh buat xray kalau nak confirmkan kedudukan gigi bongsu tu :) and time berus gigi tu berus lebih sikit dekat gusi belakang,even berdarah pun xpe,lepas tu kumur dgn air garam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh terima kasih bagi petua. insya allah nanti saya try :D

      Delete