Earning Nuffnang Meningkat!!!

Assalamualaikum



Hai, selamat malam korang.  Disebabkan leya takde idea nak up entry apa. Leya nak update entry berkenaan nuffnang. Sebelum tuh leya ingin memohon maaf jika entry ni membuatkan anda fikir yang leya ni menunjuk-nunjuk. Hahaha bukan menunjuk-nunjuk atau bangga, tapi leya nak bagi semangat dekat siapa yang baru je join nuffnang.


Tak silap leya, leya dah 2bulan menjalinkan hubungan dengan encik nuffnang ni. Pada mulanya memang rasa give up, sebab seminggu dapat 40 sen je. Bila leya beritahu ibu, ibu leya gelakkan aje. Tapi ada juga perasaan gembira.. sebab ada juga yang klik nuffnang leya.


Lama leya biarkan nuffnang tuh. Layan acuh tak acuh je. Tanpa usaha apa-apa earning pun tak berganjak. Sob sob sob. Patuh dalam 2minggu yang lepas, leya rajin klik iklan rakan blogger yang lain. Dan minta simpati agar dia orang pun klik iklan leya. Hahahhaha *malu*. Alhamdulillah, makin lama makin naik.


Setiap hari isnin leya akan check nuffnang, naik tak. Tengok result tuh tak sabar mengalahkan tunggu result UPSR. Berdegup-degup nak tahu keputusannya. Minggu lepas earning leya naik RM5. Bersyukur juga. Walaupun sedikit lama-lama jadi bukit. Nak harapkan CPUV entah bila laa nak dapat kan? Hihihihi


Bagi sesiapa yang baru je join nuffnang, rajin-rajin kan laa tangan tuh klik klik nuffnang orang lain bila blogwalking. Then tinggalkan mesej. Mana tahu dia click back kan? Kalau nak berjaya kena usaha ye dok? *Pesanan pada diri sendiri*




15 comments:

  1. TAHNIAH kak leya. heheheheheh :3 trimas sebab selalu klik iklan nuffnang saya :'D

    ReplyDelete
  2. tahniah Leya! lama-lama dapatlah banyak. memang kena sabar kumpul Nuffnang ni :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah leya . Dont give up okay . Hehehhe ツ

    ReplyDelete
  4. Waaaahhhh taniah leeya .. ^^ nnt sy bkak pakai laptop sy klik ok :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah leya. Tak pe, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit juga tu ;) PG pun begitu juga dulu. Hehe. Jom jd geng klik2 :D klik sini utk leya ;)

    ReplyDelete
  6. tahniah, leya.. hehe yang penting kena ada semangat dan sabar. ekeke Kak Lissa klik nuff nuff Leya jugak :D

    ReplyDelete
  7. Oke dah tuu. Leya msti kejap2 lagi dapat CPUV nih sebab blog Leya macam rmai readers je.. hihiks. :D
    Btw, gud luck!

    ReplyDelete
  8. hehe..salu jgak klik nuff org kalau kebetulan masa thg bw tu ade iklan klua..hehe,.

    ReplyDelete
  9. Amboiii.... tahniahhh yee.... kita nyee ni xtau bila nak naik. ahhahaha . sabar je laa..

    ReplyDelete