Assalamualaikum ❤
Kali ni leya nak buat entry seram-seram suku sikit.
*seram-seram suku ke suam-suam kuku* Hihihi. Leya tertarik dengan kisah seram ni bila secara tiba-tiba ibu buka cerita pasal lagu berhantu ni.
"Kakak, kau nak dengar satu cerita tak?" Leya terus je pandang ibu.
"Citer pe?" "Ada satu lagu ni berhantu, penyanyi ni mati dan selang beberapa hari lagu yang dinyanyi kan oleh penyanyi yang dah mati tuh keluar" okey, leya rasa ayat macam dah berputar belit. tapi macam tuh laa ibu leya cerita kan. Mungkin ada tokok tambah sikit. ye laa nak buat lagi suspen kan. Hahahahah
Selain lagu
ULIK MAYANG,
CINDAI atau
CINTA 3 SEGI, lagu Menanti kekasih ni juga ada kisahnya tersendiri. Mungkin ramai yang tak tahu dengan cerita disebalik lagu ni. Ini merupakan lagu terakhir yang dinyanyikan oleh arwah. Alda Risma artis indonesia yang terkenal dengan lagu 'AKU TAK BIASA'. Malam tadi ibu cari lagu tuh dekat youtube untuk kasi leya dengar. ibu buka lagu tuh dengan nada pelahan, ibu suruh leya dengar.. dan leya menolak secara baik dengan alasan leya tidur sorang, nanti takut. Gila kau nak dengar lagu seram malam-malam.
korang tak caya cuba buka lagu tuh, dengar... seram ke tak seram?
Malam sunyi kusendiri
Duduk sepi diatas pohon
Kubiarkan rambutku terurai
Tanpa kaki kelelawar Anjing dan bulan purnama
Kumenanti kekasihku Yang belum mati
Reff : Kapan mati kekasihku
Kumenanti kau disini
Ayo mati bunuh diri
Agar kita jumpa lagi Seperti dulu
Mana mungkin kukembali
Hidup lagi seperti dulu
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti
Seram kan lirik nya? Lagu ni ada part yang mengilai-ngilai. Yang tuh paling seram. Pagi tadi lepas dengar lagu tu, leya search kisah lagu ni. Then terjumpa blog abang abe ni... leya pun baca entry dia sampai bawah. Yang paling menakutkan bila abang abe tulis
Abe taktau laa citer ni betul ke x... Abe try cari citer dr internet... Citernya macam ni, selepas 3 hari lagu ni dirakamkan... Polis jumpa mayat Alda mati dalam sebuah hotel... xpasti sama ada mati bunuh diri @ dibunuh...Yang pasti mati sebab overdose.... Tapi, lepas forensik cek mayat dia... Didapati dia dah mati 7 hari.... So...saper yg gi rekod lagu tu??? Hurm... lagu tu plak... Tetiba jer dah siap rekod... Pengurus pun taktau mana dtg... So... Apa pendapat korang???
Okey, siapa yang rakam lagu tuh? rakam sebelum mati ke selepas? tiada siapa yang tahu. Misteri tak terungkai. Seram seram. adakah kisah ini benar? Wallahua’lam