Tutorial : Hidden Menu Tab

Assalamualaikum ya habibi dan selamat malam

Sebelum aku lelapkan mata nak juga aku tunaikan permintaan 2orang blogger yang menanyakan macam mana nak buat hidden tab macam aku. Sila Lihat contoh dibawah.

BEFORE

AFTER

Jimat ruangkan? Aku buat macam ni untuk bagi blog nampak lagi kemas. Tapi takde laa kemas mana. Hahhahahaha okey lets start.

Dashboard -- Layout -- Add a Gadget -- Html/Javascript
Copy code dibawah dan pastekan di dalam HTML/JAVASCRIPT

Tajuk No1
Tajuk No2
Tajuk No3

Code untuk Tajuk no 1. Kalau tajuk no 1 korang Cbox, letak code cbox disini

Tajuk no 2. Blalallalal

Tajuk no 3. Blalallalal

Merah: Warna background
Purple: Tajuk menu tab

Credit to wanaseoby. Thanks for the tutorial. Ouhh ye, kalau dah jadi boleh komen yayyy. Kalau tak menjadi atau tak faham ape yang aku meraban tadi jangan segan bertanya. In shaa Allah aku bantu. Genite ya habibi

Tutorial: Letak background pada gambar

Assalamualaikum Ya Habibi.

Contoh boleh rujuk di atas. Jangan tenung lelama. Hahahhaha nampak lagi kemas kan bila ada border bergambar. So here we go..

Kalau nak border background tuh hanya keluar di entry ikut step ni.

• Dashboard -- Template -- Edit HTML
• Cari code ]]></b:skin>
• Copy code dibawah ini

.post-body img{
background: url(http://i.imgur.com/40EdC.png);
padding:10px;
border-radius:9px;

Pastekan DIATAS code ]]></b:skin>
Preview dan save!

Tu kalau korang nak dia muncul dekat gambar entry. Kalau nak ada border dekat mana-mana tak kisah laa dekat sidebar ke atas bawah, semua tempat yang korang letak gambar.. Ikut step ni pula.

• Dashboard -- Template -- Edit HTML
• Cari code img {
• Copy code dibawah

background: url(http://i.imgur.com/40EdC.png);
padding:10px;
border-radius:9px;

• Pastekan DIBAWAH code  img {
• Preview dan save.

Merah : Tukar dengan url background yang korang suka

Kalau malas nak buka new tab untuk search background di google boleh klik sini untuk terus ke freebies site aku. So korang boleh pilih background mengikut citarasa hengkorang.

Nuffnang Wajib Ada Dalam Blog Anda

Assalamualaikum Ya Habibi.

Ni ape pasal pula nak chegita pasal kebaikan Dato Nuffnang. First of all aku amat kecewa dengan diri sendiri. Kalau nak kata menyesal pun tak guna. Jadi aku kecewa. Sebab aku lambat join nuffnang. (Pada tahun lepas). Kalau aku join seawal umur 16 tahun mungkin aku dah jadi seorang jutawan. Hahahhahahaha. K jokes. Untuk manusia yang masih lagi baru menceburi bidang blogger mesti tertanya-tanya ape itu nuffnang?

Nuffnang: Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan Internet di Malaysia.Nuffnang menawarkan perkhimatan menyewa tempat iklan di blog-blog kita(Kita ini dinamakan publisher).Nuffnang akan meletakkan iklan mereka di blog kita dan kita akan mendapat duit sekiranya visitor blog kita klik pada iklan berkenaan.(penjelasan secara basic)

Tuh penjelasan sedikit tentang nuffnang. Rasa macam mudah je kan, orang klik dapat duit. Hakikatnya, hangpa kena laa rajin sikit. Nanti aku citer bab rajin tuh. Kalau korang nak daftar nuffnang, tak perlu duit. Sign Up for free. Daripada hangpa duduk blogwalking tak mendatangkan hasil baik hangpa guna peluang ni sebagai duit sampingan. Boleh laa guna duit tuh untuk buat domain sendiri.

Kalau nak cerita pasal kerajinan, kena laa rajin klik iklan orang juga. Kalau nak duit tanpa usaha payah juga. Semuanya dihujung jari anda. Aku takde laa expert sangat pasal nuffnang ni. Aku tahu yang bab klik dapat duit je. Yang bab pasal CPUV aku belum mahir, jum baca bawah ni kejap tentang penjelasan pasal CPUV yang aku dapat melalui blog kak Umi

Macam best kan bila Lee min ho buka laman web kita? Bahahahha Tapi lagi best kalau dapat iklan On going. Buat masa ni aku masih lagi merangkak-rangkak meminta Cpuv. Kalau dapat CPUV lagi ong. Pada yang dah pernah dapat tuh, tahniah. Pada yang belum, mari laa bersama-sama mengejar impian. Yang penting aku nak tekan kan kat sini kena rajin. Rajin klik iklan orang, Rajin Update Entry. Rajin Blogwalking.

Jadi pada sesiapa yang masih belum ada iklan nuffnang jum laa sign up dan ceburi bidang ini. Dia untung anda pun untung. Jum klik iklan nuffnang saya. Jangan risau, kalau anda klik tak perlu bayar. Kira anda bersedekah pada saya. Hehehheeheheh. Aku rasa aku patut berhenti menaip, till then. Assalamualaikum

Freebies: Transparent Image

(1200px X 400px)

Mesti pelik kan mana pergi gambarnya. Tuh yang atas tuh, klik open new tab dan save. Ini untuk memudahkan pada siapa yang tiada Photoshop yang nak buat header tanpa background. Kalau aku dedulu buat header guna photoscape je. Sekarang dah ada photoshop senang sikit. Jadi aku bantu korang pula.

Bila dah save korang buka photoscape korang dan pilih gambar transparent yang korang dah save, dia akan keluar background putih. So korang boleh laa melakar header dekat situ. Harap membantu korang.

Saving Money

Assalamualaikum Ya Habibi.

"Its not about the money money money" -Jessi J

Bait-bait lagu Jessie J tak lekang di bibir. Kalau bukan about money, about ape.. lagi gais. Entry kali ni aku nak bicarakan mengenai duit bukan hutang. Aku ni antara manusia yang boros di atas muka bumi. Serius talk, dah bertahun aku kerja dalam bank masih lagi 50 hinggit. Nampak tak tiada keberkatan disitu. Selalunya kalau bulan-bulan lepas aku boleh ingat aku habiskan duit beli apa. Tapi gaji untuk bulan March aku tak hingat langsung aku beli apa. Tahu tahu je duit aku habis. Magic apakah ini?

Belum sampai pertengahan bulan aku dah sengkek. Duit minyak pun aku pinjam ibu. Terkilan sungguh aku bulan ini. Sob sob sob. Jadi aku tekad, gaji untuk bulan april dan seterusnya aku nak bagi ibu yang simpan kad ATM aku. In Shaa Allah kalau aku masih lagi boleh kawal nafsu. Kena kawal wey ibu cakap akhir bulan 7 nak vacay dekat THAILAND. Saitednyaaaa... In shaa Allah kalau tiada rintangan.

Doakan aku rezeki murah dan sentiasa bersyukur. Fighting leya. Yukenduit, Yuneedduit

Duit kita, mungkin terselit rezeki orang lain. Fahami dan hadam

Beli 1, Percuma 1

Assalamualaikum Ya Habibi,

Siapa yang tidak suka dengan barang percuma, semua berebut-rebut nak. Yedok? Pernah tak korang pergi mall pergi jalan-jalan tengok barang then tengok ada promosi. Contohnya ayam tepung *jenama tidak dapat diberitahu takut ada yang tersinggung* , promoter tuh siap gorengkan dan bagi cust rasa. Ada setengah customer dia akan diri situ, buat-buat tengok. Kalau dah berdiri dekat situ mesti la promoter tuh akan bagi jamah sikit ayam yg dia goreng dan berharap agar lepas dia merasa ayam secubit yg sedap tuh grab one packet terus pergi counter bayar. Tuh hanya sesetengah customer.

Kalau aku.. lain sikit. Aku datang situ tanpa dipelawa, aku amik sendiri lidi tuh dan cucuk ayam tuh terus ke mulut aku. Sebab aku fikir, kalau dia tak pelawa siapa laa yang akan habiskan ayam yg dia goreng tuh. Bukan ape, takut tiada siapa yang lalu lalang disitu, tak ke membazir namanya tuh. Jadi aku tolong laa makan kan. Buat muka selamba je bila dah pegang lidi tuh. Bila dah sedap makan, aku pun chat ibu aku minta belikan satu. Dalam packet tuh ada 2. Beli satu percuma satu. PROMOSI. Siapa yang tak nak wey percuma satu.

Dalam beberapa hari patuh, ayam tuh dah ada kat rumah. Rasa saited nak makan setelah penat berkerja setengah hari. Aku pun suruh adik aku gorengkan. Sebab aku memang malas nak ke dapur that time. Sambil melayan cerita Suami tanpa cinta aku pun ambil seketul untuk merasa. Rasa dia tak sama dengan ayam yang aku makan dekat mall ritu. Isi kurang tepung lebih. Aku tertipu. Selalunya barang free tiada lah perfect mana. Ada kecacatan sedikit.  Tapi takpe, as long dia free aku pun taknak cakap banyak.

Habis dah pasal ayam. Sekarang ni pasal coklat, wey hang tahu dak, cadbury buat promosi beli satu percuma satu. Terkejut juga aku tengok dalam peti ais ada cokelat. Dua pula tuh. Ibu aku memang jarang beli benda-benda ala macam ni.

"Ibu dalam peti ais tuh cokelat siapa?"
"Janu punya" *Janu seekor kucing yang dibela oleh kami*
"Betul betul laa bu, wah rajin beli."
" Percuma satu tuh yang beli"

Kepada peminat cekelat ni boleh laa pakat beli satu lori buat stock. Hahahaha Tak larat nak makan boleh jual dekat kawan pula. Harga diskaun. Hahhaha. LOL XD

New look again wey!

Gambar tiada kena mengena dengan entry. Mohon maaf. hahhhaha

Assalamualaikum Ya habibi

Tengok tajuk entry pun pasti korang dah tahu yang aku bertukar wajah lagi kan? Emm ada tak sesiapa kat sini asyik meluat tengok aku tukar design blog? Hahahhaha tuehbuche tuehbuche *minta maaf dalam bahasa cina* abaikan ejaan tuehbuche aku tuh. Aku memang selalu gatal tangan nak edit balik.

Bagi aku design yang sebelum ni agak bosan dan rasa meluat tengok. Sory tiada screen capt sebab aku tahu tiada siapa yang nak tengok. Hahhahaa. Jadi aku tukar laa dari itam putih citer P.RAMLEE kepada warna warni macam cerita Dora the EXPLORER. Colorful gila blog aku kali ni. Terima kasih tak terhingga kepada wanaseoby sebab share link pasal border. Thanks again.

So apa pendapat korang tentang new look ni? Ada tak yang kurang? Macam tulisan susah baca ke? Tulisan kecik sangat ke? Blog ni over sangat ke? Pendapat anda semua saya terima. Hewhewhew.  Ouh ye, Jum sedekah dekat aku wey. Kasihani laa aku, nuffnang aku jumlah dia dah lama tak meningkat. Kasihan kan? Jum ringankan tangan. Mekasih. LOL.

Sesiapa yang nak req tuto ke freebies ke boleh req. Memandangkan esok aku free. Aku boleh up tuto nak kasi view page meningkat setelah sebulan hiatus. K laa gerak lu paper rojer. Hahhaha

Im back

Assalamualaikum

Hey bebeh,

Setelah sebulan aku tak buka blog yang makin usang lagi buruk. Setelah begitu lama aku menyepi selama sebulan dan keadaan krik krik di blog aku sangat lah membimbangkan *stop merepek leya*. Hahhahaha okey first question siapa rindu dengan bebelan aku yang tiada kena mengena dengan hidup dan mati boleh comment dibawah. Hahhaha

Okey aku dah blank tak tahu nak taip apa. Aku tahu mesti ada yang tertanya-tanya aku pi mana? Antara soalan femes.

• Wey hang dah tak aktif berblogging lagi kah?
• Awat hang lama tak nampak dekat dashboard?
• Laptop hang rosak kah?
• Hang study kah wey?
• Hang dah kawin kah?
• Hang jebat mana?
Ada beberapa manusia je yang tahu laptop aku mengalami penyakit (keyboard rosak) yang amat serius sehinggakan aku takdo mood nak berblogging lagi. Tapi tetiba pula laptop aku dah baik setelah beberapa minggu tak berusik jadi aku pun godek-godek laa blog ni.

Te..tiba pula... aku tertukar design. Hahahahah kenapa blog aku itam kenapa? kenapa? entah dari mana idea datang aku pun main hentam keromoh jelaa. saja tukar selera. Kebiasaanya aku tukar mengikut situasi hidup aku. Kalau aku rasa aku nak jadi comil aku buat blog ala-ala kawai. Kalau aku rasa aku nak simple,matang, serius ni laa jadinya.

Apa-apa pun blog aku masih lagi sedang dibaik pulih. Ouh ye, sesiapa yang tercari-cari mana navigate atau menu blog dekat bawah email yang dalam kotak author tuh ye. Kadang-kadang orang tak tahu mana aku letak. Nak jimat ruang laa katanya. Itu je kot nak update. Aku tak tahu bila lagi aku akan update, tak janji. mungkin 2minggu lagi. takpun next year.

Btw take care my followers, jaga mata, jaga hati, jaga iman.