Assalamualaikum Ya Habibi
Belum boleh move on dengan Kdrama DOTS. Mohon jangan kecam
Tajuk kali ni agak berlagak sikit. Hahahahha tahniah leya sepanjang 5tahun kau berblogging akhirnya kau mempunyai domain sendiri. Alhamdulillah ada rezeki lebih buat laa. Lagipun aku fikir yang aku nak serius dengan bidang ni, tuh sebab buat. Kalau takat main-main buat blog entry penuh dengan cerita pasrah tak hingin ai habiskan duit buat domain.
Lagi satu aku buat domain ni untuk langkah berjaga-jaga. Takut kekalau google delete blog aku. Tak meroyan aku nanti. Penat-penat je edit kasi cantik, kumpul followers sampai 1K (k, aku batak) tup tup blog hilang.. huihh taknak aku. Thats why aku fikir masak-masak, aku nekad nak pasang domain sendiri.
Kenapa leyayeolly.com?
Mesti ada yang tertanya kan, kenapa aku tak buat guna link lama aku leyastorymory.blogspot.com/ . Bagi aku ramai yang kenali aku dengan nama leyayeolly. Lagi satu, leyastorymory panjang sangat, so nak bagi pendek dan tepat leyayeolly, tanpa ragu-ragu untuk pilih nama domain yang diidamkan.
Berapa bayaran buat Domain
Aku buat domain ni dengan bayaran RM 55 sahaja. Murahkan? Terjah MyIdeaKini untuk membuat domain. Sekejap je dia buatkan, tak sampai 1jam. Terima kasih MyIdeaKini kerana membantu saya. Jum ramai-ramai buat domain kasi blog upgrade sikit. Hewhewhew



Seketul leya yang tergila-gilakan sungyeol oppa. 20 tahun. Anak kelahiran melaka. Seketul leya yang kuat berangan dan tidak lupa dia juga kuat makan.