Ketidak Puas Hatian

Assalamualaikum

Agak lewat hari ni update entry. Baru lepas edit blog customer. Dalam pada busy, nak juga leya luahkan perasaan yang sedikit kecewa. Aduh duh sakitnya.


Ceritanya begini, petang tadi ibu leya pergi satu karnival yang ditempatkan di tutt (nama lokasi terjaga). Leya tak ikut, sebab memang tak suka nak keluar. Banyak sebab kenapa tak keluar rumah salah satunya malas nak bersiap.


Sesudahnya ibu balik rumah, adik bongsu leya jerit "Kakak, jum makan burger" dalam fikiran leya wahh burger yang penuh dengan keenakkan. Leya pun berlari secara slow motion macam dalam cerita hindustan.



"Ibu, beli apa bu"  "Beli bantal". Leya ternampak fish ball lalu mencapai satu cocok. "Kau tahu tak satu tuh RM2 tau" leya terkejut. Gila mahalnya. Kalau dekat tempat leya baru RM1 satu cocok. Serius mahal. "Kenapa ibu beli dah tahu mahal"  "Ibu dah amik, dia pun dah kira. Ibu segan laa nak letak balik". Tuh leya boleh terima lagi.




Yang tak boleh terima, burger yang ku sangka kan sedap telah mengecewakan leya buat kali ke dua. Nak tahu kenapa kecewa. Harga memang standard RM2. Leya pegang burger tuh, "Aik pesal ringan sangat burger ni" Leya buka, pehh hancur musnah harapan bila lihat burger yang ku idam idamkan. Burger tuh dalam keadaan togel. Tak ada perhiasan. Yang ada hanya roti, daging dan sos (Tuh pun sedikit je sosnya)


Dah laa 2hinggit, lepas tuh "BURGER TOGEL" at least letak laa timun 2 hiris ke. Memang tak adil bagi leya. Serius. Kalau nak meniaga pun biar laa elok. Tak baik amik untung lebih. Hak pengguna korang abaikan. Ni tak burger togel yang mampu korang hidangkan. Sedih sedih.





8 comments:

  1. burger takde sayur penah lah jugak jumpa. tapi bab fish ball secucuk rm2 tu mmg errkkk mahalnyaa. zaman gst susah benda naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlampau mahal. letak harga sesuka hati mungkin

      Delete
  2. salam , leya! kalau kat temapt temapt cenggitu memang mahai!, tapikan melampau sangat. tak baik buat orang cenggitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang melampau kak. Kalau mahal tapi kualiti baik tak pe. ni mahal kualiti takde. memang kecewa

      Delete
  3. Hahahaha, ketidak puas hatian atau ketidakpuasan hati? xp Sabar leya.. Sabarrr! Huhu

    ReplyDelete
  4. penjual skng mmg melampau.. kadang2 terpikir dorang ni nak biz utk sehari je ke.. ape dah..bila customer tak puas hati akan compain end up akan maki n marah. dorg xpenah pk ke rezeki yg dorg dapat tu dah kira tak halal..huhu

    ReplyDelete
  5. sedih lak klu dpt mknn yang kita x puas hati

    ReplyDelete