OMG GATALNYA!

Assalamualaikum


Gambar takde kena mengena, btw sedapnya nasi kepal


Hello december, First post untuk december. Lamanya tak update blog. *baru 2 hari* Akhirnya dapat juga luangkan masa dengan blog sendiri. Dua tiga hari ni macam busy sikit. Busy mengalahkan PM. Well you know me, acah acah busy je.



Actually ai tengah dalam dilema. Tak tahu nak letak tajuk "Semut mula mengganas" atau nak letak "Oh ulat bulu, kau jahat". Ye post kali ni leya nak ceritakan sedikit apa yang dah jadi dekat leya sepanjang 2 hari leya menghilang.



Semut, ni buatkan leya geram sepanjang hari. Membuatkan mulut leya mengeluarkan kata-kata tidak elok. Astaghfirullah. Geram ya amat, tidak dapat dibendung lagi. Semua tempat dia ada. Banyak sangat semut dekat rumah leya ni. Sampaikan dalam laptop leya pun dia nak masuk. Bukannya ada makanan pun. Takkan laa dia nak buat sarang dalam laptop ni. Jangan sampai jadi busut dah laa.



Semalam lepas je angkat kain, tetiba je muka leya ni gatal-gatal. Mungkin sebab kena gigit semut. Disebabkan muka ni dah gatal nau.. leya pun cuci laa muka. Ingatkan lepas cuci muka, kegatalan akan hilang, rupanya haram jadah tidak sama sekali. Sob sob lalu ai biarkan sahaja muka ai ni.



Keesokkan paginya, tetiba tangan ni merayap kat muka.. "Ehh apesal muka aku ni bengkak nau ni, ada biji-biji pula tuh" biji-biji tuh macam lepas kena gigit semut laa. Tapi ni biji-biji halus. Leya pun mengadu laa dekat ibu, ibu cakap mungkin sebab terkena ulat bulu..Baru leya ingat, dulu leya pernah jumpa ulat bulu depan rumah. Mungkin lepas leya angkat kain, bulu-bulu ulat bula tuh berterbangan. Aduh duh Sampai sekarang pun masih lagi terasa gatalnya.



So dekat sini, pertanyaan leya.. korang tahu tak macam mana nak hapuskan semut yang banyak selain menggunakan spray dan apa tips untuk hilang kan kegatalan akibat ulat bulu yang berbulu gatal. Berbulu je leya cerita pasal ulat bulu ni. Errgg gatalnya muka ni


18 comments:

  1. Alaaaa.. Leyaaa taktahu laaaa :( Sorry .. Sampai sekarang ke gatalnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun tak tahu jugakk leya. tapi kalau yang gatal sebab ulat bulu tue better letakkan minyak gamat lahh. Maybe tak cptkn sembuh sngt tp minyak tue boleh kurangkn gatal. semoga cepat sembuh :)

      Delete
    2. try g beli krim dkt pharmacy or x pun sapu aloe vera gel nature republic .. mana tau bekesan.. hihi

      Delete
  2. kalau sapu minyak tyt cemana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TYT? minyak tuh pun saya belum pernah cuba. Hahahah

      Delete
  3. Salam singgah sini dik Leya...kesiannya dik Leya...akak pun tak dapat nak tolong ni sebab akak kalai kena gigit semut...keja akak apa lagi...main garu jer lah...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa kak. leya pun masih tengah garu-garu ni

      Delete
  4. hye kak leya! dulu rumah ina pun macam tu jugak. lg teruk bila semut tu berani masuk dalam eletric kettle ina! haih tahu lah dia haus tapi yg tak faham, air tu panas kot. asal dia nak masuk jugak. aduhhh cari lah port lain. tu sumber air minum kott haihh.
    btw, get well soon kak leya. sorry, ina tak tahu macam mana nk prevent ulat bulu tp yg semua tu, biasanya ayah ina pakai spray & serbuk mcm matikan semut tu lah.. tak sure, tp berkesan sangat! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. semut ni, dekat tempat panas pun nak masuk kan. semut masuk dalam laptop akak ni haa. tak tahu cane nak halau nya. pernah ritu tetiba je semut keluar dari keyboard..

      Delete
  5. Replies
    1. hihihi kalau berlarutan saya pergi. takut jadi pape nanti kan..

      Delete
  6. salam leya! akak kena gigit nyamuk bengkak merah kat tangan ni 4 ketul bengkak, mak akak suruh letakkan minyak gamat lepas dua hari dah kurang.

    ReplyDelete
  7. taktau laa pulak tips dia. tapi papee pun cepat sembuh yee leyaa sayangg :*

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum....
    Bertabah la ye leya.... ade pergi jumpa doktor x??
    Semoga cepat sembuh ya...
    Maaf Nur x dpt bantu... sbb x tau bagaimana caranya...
    Ade try sapu gamat?

    ReplyDelete