Rahsia Leya hilangkan parut jerawat.

Assalamualaikum

Tajuk entry takley blaa. Rahsia laa sangat kan?  Okey ni sambungan untuk entry yang lepas. Siapa yang belum baca boleh Klik Sini. Harimau mati tinggalkan belang, Jerawat pergi tinggalkan bekas. Em em macam tak kena je. 



So apa rahsia leya hilangkan parut? Aku rasa ni bukan rahsia lagi sebab ramai yang menggunakannya. Aku pernah cuba hilangkan parut menggunakan tomato. Tak ingat mana datang idea tuh nak letak tomato kat muka. Entah blog mana yang aku baca, aku lupa. Aku beli dalam se-plastik ada laa dlm 8 biji. Buat stok. Tiap-tiap hari sebelum tidur aku lenyek-lenyek kan tomato tuh kat pipi. Rasa apa? Gatal-gatal wey. Serius, terpaksa laa tahan. Nak cantik kan? Hihiii. 



Dalam beberapa hari juga laa aku jalankan eksperimen ni tapi malangnya takde apa-apa perubahan. Lalu lebihan tomato tuh aku campak ke tong sampah. Jadi aku basuh laa muka aku macam biasa. Mengharapkan pagi esok bangun muka dah ploles. 





Dalam beberapa hari lepas tuh, aku ter-perasan dalam bilik abang aku ada bio oil. Dengar kata bio-oil ni boleh hilangkan segala parut. Aku pun try laa. Dalam sebulan je aku dah nampak kelainannya sampai ibu tegur "Eh,kak mana pergi jerawat kau? Kau pakai ape?" "Kenapa? orang pakai bio oil je bu" "Ouhhh dah nampak kurang laa". Adik aku pun cakap benda yang sama.


Abang aku cakap masa dia beli ni harga RM 50. Tak tahu laa sekarang ni dah berapa hinggit. Korang cuba laa. Mana tahu parut korang makin pudar, just like me. Tiap malam korang sapukan bio oil dekat bekas parut. Insya allah berkesan. Selawat jangan lupa ye.



Nah akak lanje selfie pagi tadi. Em lightning lebih ni. Tapi hakak tak guna filter ye.




Eh korang, siapa yang belum join segmen yang leya anjurkan klik sini sebelum terlambat ye. Leya dah nak umumkan tarikh tamat dah ni. 


Oh Jerawat Shuh Shuh!

Assalamualaikum


Hi korang, tetiba terfikir nak post pasal Mr Jeghawat ni,

Siapa ada masalah yang sama seperti aku? Mesti sedih dan banyak makan hati dengan orang sekeliling kan? Hahahhaa buat masa ni aku belum lagi jumpa orang yang cakap "Eh kau cantik laa bila ada jerawat". Aku selalu jumpa yang macam "Eh leya, sejak bila kau ternak jerawat ni" takpun "Eh kak, teruknya!!!" Kalau dia dah pandang muka memang sah ler nak tegur benda alah tuh. Hati aku berbisik "Oi jerawat loncat seketul pergi pipi dia"

Nah akak lanje gambar. Tak ingat gambar ni last year atau 2 years ago. 

Masa keluar PLKN, okey lagi muka bersih suci gebu. Bila dah berkerja tuh yang mula naik sikit-sikit lama lama bawak geng. Sebab bila orang dah berkerja ni busy dia mengalahkan PM. See berketul-ketulkan olat dalam pipi aku tuh. Eee geli. Mungkin sebab persekitaran atau aku yang malas nak jaga kulit. Mesti geli kan tengok pipi pau aku tuh, jangan tenung lelama takut nanti korang tak boleh tidur asyik fikirkan. Em


Tak perasan laa acane boleh berlaku, perasan bila dah banyak je yang  bertandang kat muka. Hari demi hari aku search kat google "Cara-cara hilangkan jerawat dengan cepat" Malangnya aku hanya baca, tapi tak amalkan. Lol.


So agak korang muka aku ada lagi tak ketul-ketul ni. Ofkos laa takde. Rahsia hilangkan? Em ape ehh. Cara nak hilangkan aku just basuh muka tiap-tiap hari. Pagi dan sebelum tidur. Kadang-kadang lebih 2 kali. Kalau aku rajin aku cuci lah. Kalau rasa muka ni dah berminyak, cuci. Kalau rasa duit banyak pun, picit lagi. Esok dah habis beli lagi. Tuh kalau duit banyak. Huhuhuhu. Selain dari tuh, aku selawat bila cuci muka. Conclusion di sini kena rajin basuh muka.


Jerawat hilang tapi parutnya pula tinggal. Kalau tak usik pun, jerawat tuh berbekas dekat muka. Tepek laa bedak banyak mana pun, tetap nampak. Nak tahu aku guna apa untuk hilangkan parut jerawat? Tunggu next entry ye.



Senarai Peserta "Segmen Bersama Leya Yeolly"

Assalamualaikum
















Baru ada 34 orang. Kalau ada masa jum laa join. Mana tahu rezeki korang. Pada siapa yang dah join tapi link blog tiada di atas sila inform ye. Siapa yang nak join boleh Klik SINI

Review: Free Gift Daripada Aisyah Nyais

Assalamualaikum
Malam-malam ni tengah syok scroll dashboard tetiba tengok ada doodle gambau leya. Sepantas kilat leya buka entry tuh, Rasa terharu bila sahabat blogger kita yang sorang ni bagi leya free gift banner dan watermark. Terharu gila wey. *kesat airmata*. Masih terkejut. Hihih
Alhamdulillah, terima kasih ecah. Ni leya nak review sikit hasil rekaan aisyah nyais


Lawa wey, ni baru watermark dan banner tau. Belum edit keseluruhan lagi. Kalau korang cadang nak tempah edit blog, leya cadangkan aisyah nyais. Sebab super power kebabom laa kalau dia yang makeover. Kalau korang tak caye korang boleh view portfolio dia.  Korang pasti akan berpuas hati dengan hasilnya. Serius tak tipu. Hihihii selain daripada design, cara layanan dia pun bagus. Leya yang tak pernah bersua muka ni kalau chat dia macam dah lama kenal. Siap wish birthday kat whatsapp kau!. Sangat sweet. Hihihih jadi buat pilihan tepat dan cepat untuk menempah okey. 



Segmen Bersama Leya Yeolly

Assalamualaikum


hi korang, buat kali keduanya leya buat segmen. Harap dapat sambutan. Tujuan leya buat segmen ni sebab trafik blog pun dah macam harem. Blog makin krik krik tenggelam timbul. Selain tuh dapat terokai lagi blog yang leya belum kunjungi. Ececeh.


Syarat-syarat penyertaan
  • Warganegara Malaysia
  • Follow blog Leya *Ini wajib
  • Like Fanpage
  • Klik Klik nuffnang leya *Kalau korang ada nuff leya klik back okey
  • Buat satu entry bertajuk Segmen Bersama Leya Yeolly dan Copy banner di atas dan backlink kan ke entry ni
  • Di dalam entry tuh, jika anda ingin blog anda di-edit secara percuma sila nyatakan sebab-sebab nya
  • Tag 2 orang kawan atau lebih. Make sure dia orang tahu tau

Senang bukan? So balasannya, 20 orang bertuah akan diletakkan dalam bloglist leya selama setahun. Setahun weyhhh!!! Leya akan pilih berdasarkan Random.org. Selain dari tuh, 2orang bertuah akan dapat tempahan edit blog percuma (Denim Template) daripada leya. Kalau yang dipilih taknak servis tempahan percuma, leya akan pilih orang lain ye.


Tarikh segmen tamat akan diumumkan pada bila-bila masa saje. Segmen ini juga akan terbatal serta - merta jika peserta kurang dari 20 orang.



Freebies: Background Crayon

Assalamualaikum


Right click untuk save/ ambil pic url


Tutorial: Comment Box

Assalamualaikum


Hi, bertemu kembali selepas beberapa hari leya hiatus. Sebelum ni ada beberapa orang tanya acane leya buat kotak komen acani *rujuk gambar di atas* Leya bagi code korang adjust warna, border radius mengikut keinginan korang ye.

.comment-content{
background-color: #CEECF5;
padding:10px;
border-radius:10px;
font-family: 'Century Gothic';
font-size:14px;
}
.comments {
height:400px;
overflow:auto;
font-size:13px;
font:Century Gothic;
}
h4{
text-align:center;
color:#000;
text-shadow:2px 2px 3px #888;
}


.comment-block{
background-color:#F78181;
padding:5px;
border-radius:10px;
border:3px dashed #;
font-size:11px;
}
.avatar-image-container{background:#CEECF5;padding:3px;border-radius:10%;}

.avatar-image-container img{
-webkit-transition: all 0.8s ease-out;
-moz-transition: all 0.8s ease-out;
transition: all 0.8s ease-out;
border-radius:10%;}
.avatar-image-container img:hover{
border-radius:50%;
transform: rotate(360deg) ;
-webkit-transform: rotate(360deg) ;
-moz-transform: rotate(360deg) ;
-o-transform: rotate(360deg) ;
-ms-transform: rotate(360deg) ;}

.datetime{
background:#CEF6EC;
padding:8px;
float:right;
border-radius:30px;
font:10px arial;
margin-top:10px;}
.secondary-text{
padding:8px;
background:#fff;
border-radius:30px;
float:right;
border:2px solid #FEE8E8;
font-size:11px;
}

  • Copy code di atas
  • Dashboard --- Template --- Edit HTML
  • Cari code /* Comments----------------------------------------------- */
  • Padam code di bawahnya sehingga jumpa code .feed-links {
  • Start dari .feed-links { tuh jangan padam okey
  • Lepas dah padam code yg disuruh korang pastekan code yang leya bagi di bawah /* Comments----------------------------------------------- */

Officially Twenty

Assalamualaikum


"Happy birthday to me, Happy birthday to me, Happy birthday to leya. Happy birthday to me."

Yeahhh leya officially 20 tahun. Rasa macam tak sangka. Kejap je dah puluhan tahun. Bila dah 20 tahun ni harap perangai pun berubah la kan. Jangan nak ngada-ngada sangat. Cuba ubah cara pemikiran. Bukan nak sempitkan lagi pemikiran. Nak luaskan pemikiran dan juga pengetahuan. eceh. Makin tua ni harap makin matang laa lalui semua dugaan dan cabaran. Sabar serta tabah. Hmm sivik sangat ayat kali ni. tettt.



Seumur hidup tak pernah nak buat birthday party kat rumah. Memandangkan leya duduk asrama, sambut birthday di aspuri je.  Lepas dah habis sekolah masih lagi takde birthday party di rumah, hanya mampu buat kecil-kecilan such as makan dekat luar dengan family. Jimat sikit tenaga. Dari buat kat rumah kena kemas-kemas, hias-hias. Leceh. Tapi teringin juga nak buat. Next time je laa. Sekali sekala nak merasa juga suasananya.



Kalau dulu kat aspuri asal ada je budak yang sambut birthday, semua pakat baling nila, tepung, telur. Air longkang *yakkks* pun ada juga wey. Leya pernah kena sekali je. Lepas habis sekolah kena baling air nila yang dicampur dengan kilat-kilat tuh. Buruk terus tudung sekolah yang putih melepak tuh. Sakit hati juga nak buat cane nak tanak kena pasrah je laa. Rindu pula nak kena. Ehhh. Panjang pula entry ni. *bila nak habis ni*



Terima kasih pada yang wish di wechat facebook whatsapp terutama sekali. Yang busy yang jauh yang buat-buat lupa pun leya nak berterima kasih juga. Hahahahha Terharu bila dah besar pun ada orang wish. Nanti dah tua dalam 60tahun ada orang ingat lagi tak? Hihihiih Yang bagi hadiah pun terima kasih sesangat. Malas nak tangkap gambar dan screen shot semua wish. Hahahhahahah. Tuh je kot nak hapdate, Malam kang kalau rajin leya update tuto ye.



Tips: Mengatasi masalah sengugut dengan cepat

Assalamualaikum


Rasa segan pula nak update entry pasal ni. Hahahaha tapi tak salahkan leya nak bagi info dekat korang. Mana tahu berguna dekat korang. Setiap perempuan mesti pernah mengalami kan? Ada yang sakit biasa-biasa. Ada yang menonggeng tahan sakit.


Semalam baru je leya alami. Tak pernah rasa sakit macam tuh. Sampai menangis. Sakit gila wey. Serius. Dah lah tengah kerja. Rasa macam nak balik rumah je. Memang tak boleh tahan. Memang muka pucat lesi. Peluh mencurah-curah. Buat keje dalam keadaan menggigil tahan sakit. 


Dah tak boleh nak tahan, leya pun google "macam mana nak hilangkan sengugut dengan cepat" kejap je encik google menjawab. 


***

1.Tuam bahagian perut
  • Yang ni leya dah cuba dah. Macam jadi tak jadi je. Hahahah lega laa sikit. Tapi sakitnya ada lagi. Ambil kain kecik celup dengan air panas. Jangan celup semua kang melecur pula perut tuh. Celup sikit je. Takpun ambil kain tuh letak kat tempat panas. seterika ke kain tuh agar panas,


2.Minum air halia
  • Minum air halia belum cuba. Tak sanggup nak minum. Tapi kalau korang nak cuba ini cara-caranya First korang rebus halia ataupun hiris halia tuh dan letak dalam air panas. Kemudian minum.


3.Elakkan minum air sejuk
  • Minum air sejuk laa leya sakit-sakit badan. Sengugut teruk. Lenguh bahagian pinggang. Tekak sakit *eh tetiba*. Jadi elakkan. Kalau sekali sekala takpe. Ni hari-hari minum pun payah gak.


4. Minum air panas/Suam
  • Yang ni leya dah try semalam. Memang betul-betul mujarab. Rasa macam "Wahh hebatnya". Leya buat air mocha panas minum 2 cawan terus hilang. Serius tak tipu. Memang hilang serta merta. Terus sihat. Dah boleh lari-lari. Haahaha pasni kalau sengugut minum air panas je. Tayah makan ubat.

Tips ke-4 tuh leya sarankan korang cuba. Lagi mudah dan cepat je. Selamat mencuba ye.



Saya kembali dengan berwajah baru

Assalamualaikum


Hai chuoolsss. Wahh lama gila leya menghilang. Hhahahah kalau sesiapa yang rajin stalk leya *Perasan pemes* mungkin perasan yang leya private blog dalam beberapa hari ni. Lebih 3 hari wey. Ketandusan idea dan tiada mood nak edit.

****


Maka terhasil laa macam ni blog baru leya. Cadang nak tempah je full template dekat ecah. kekonon nak hadiahkan diri sendiri wajah baru blog *birthday i dah nak dekat wey* hikhik. Patuh hajat tidak kesampaian dimana saya tiada uang. Bulan ni leya memang sengkek gila. Duit yang ada pun perlu jimat untuk benda-benda yang lagi penting. Harap bos tak bagi gaji lambat. Huaaa. Muka sedih muka sedih. Selain dari tiada uang leya batalkan niat leya nak tempah full sebab leya ni suka tukar-tukar selera. Takut baru pakai sebulan dah tukar template lain. Eh panjang pula membebel nya.


****


Jadi leya tempah header je dekat ecah comel ni. Sesiapa yang nak header baru template baru boleh la tempah dekat ecah. Serius berpuas hati. Kejap je order tup tup dah siap. Memang best. Serius wey, tak tipu. Cantik dan cepat. Tak caya jum singgah blog Ecah
Ehh korang nak tanya pendapat laa. Kalau kita tukar Url Blog ada apa-apa kekurangan tak nanti. Leya ingat nak tukar Url Blog. 

Mulut Kepoh!!!

Assalamualaikum



Wahh ape kepoh kepoh ni. Hahahha Leya dah tak tahu nak luah kat siapa. Stress bila memikirkannya. Jadi luah lah dekat blog leya ni. Back to topic. Leya peghati (perhati) kan aje. Sepanjang leya keje benti keje benti ni dah mula perasan berhenti keje sebab apa.



Bukan sebab keje tuh susah. Bukan sebab penat. Biasa laa keje apa yang tak penat. Tidur sepanjang masa pun penat. Leya banyak berhenti keje semua sebab orang sekililing. Leya ni jenis hati tisu. Senang terasa, senang menangis. Jenis yang tak tahan dengan perangai orang yang suka perli-memerli. Patuh tarik muka. Yang hasut menghasut pun boleh tahan juga. Sakit dijiwa.



Bila difikirkan mula la diri ini rasa down dengan secara tiba-tiba. Kadang kadang stress. Rasa macam ramai orang tak suka kita ni. Sedih hang tau tak. Kadang-kadang benda betul yang leya buat pun orang pertikaikan. Leya tengah mencuba berfikir positif



NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

Assalamualaikum

Moga ada rezeki.


Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016


NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI
 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)


PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)




Tutorial: Border luar blog *SIMPLE TEMPLATE

Assalamualaikum




Selamat pagi korang, have a nice day. Alang-alang hari ni leya cuti, leya nak post tutorial sebanyak yang boleh. hihihih. Entry yang lalu leya ada post berkenaan dengan border di luar blog. Tapi untuk denim template. Kali ni leya nak buat untuk Simple Template memandangkan ada yang request. Tak ingat siapa. Tapi sory sebab post lambat.


Contoh tuto kali ni boleh lihat gambar di atas. yang anak panah warna purple tuh.

  • Dashboard -- Template -- Edit HTML 
  • Tekan mana-mana dalam kotak Edit HTML dan CTRL+F
  • Cari code .main-outer {
  • Copy code dibawah

background-color: #fff;
border: 3px dashed #ffd2e0;
border-top: 2px dashed #ffd2e0;
border-bottom: 2px dashed #ffd2e0;
border-top-left-radius: 25px 25px;
border-top-right-radius: 25px 25px;
border-bottom-left-radius: 25px 25px;
border-bottom-right-radius: 25px 25px;
-moz-box-shadow: 0 0 5px 5px #FFFFFF;
-webkit-box-shadow: 0 0 5px 5px  #FFFFFF;
box-shadow: 0 0 5px 5px #FFFFFF;
}

  • Dan paste kan di bawah code .main-outer {
Mudah kan? Hihihih kalau ada pape nak tanya boleh comment. Insya allah saya bantu





Earning Nuffnang Meningkat!!!

Assalamualaikum



Hai, selamat malam korang.  Disebabkan leya takde idea nak up entry apa. Leya nak update entry berkenaan nuffnang. Sebelum tuh leya ingin memohon maaf jika entry ni membuatkan anda fikir yang leya ni menunjuk-nunjuk. Hahaha bukan menunjuk-nunjuk atau bangga, tapi leya nak bagi semangat dekat siapa yang baru je join nuffnang.


Tak silap leya, leya dah 2bulan menjalinkan hubungan dengan encik nuffnang ni. Pada mulanya memang rasa give up, sebab seminggu dapat 40 sen je. Bila leya beritahu ibu, ibu leya gelakkan aje. Tapi ada juga perasaan gembira.. sebab ada juga yang klik nuffnang leya.


Lama leya biarkan nuffnang tuh. Layan acuh tak acuh je. Tanpa usaha apa-apa earning pun tak berganjak. Sob sob sob. Patuh dalam 2minggu yang lepas, leya rajin klik iklan rakan blogger yang lain. Dan minta simpati agar dia orang pun klik iklan leya. Hahahhaha *malu*. Alhamdulillah, makin lama makin naik.


Setiap hari isnin leya akan check nuffnang, naik tak. Tengok result tuh tak sabar mengalahkan tunggu result UPSR. Berdegup-degup nak tahu keputusannya. Minggu lepas earning leya naik RM5. Bersyukur juga. Walaupun sedikit lama-lama jadi bukit. Nak harapkan CPUV entah bila laa nak dapat kan? Hihihihi


Bagi sesiapa yang baru je join nuffnang, rajin-rajin kan laa tangan tuh klik klik nuffnang orang lain bila blogwalking. Then tinggalkan mesej. Mana tahu dia click back kan? Kalau nak berjaya kena usaha ye dok? *Pesanan pada diri sendiri*




Hi 2016

Assalamualaikum


Selfie New Year


Selamat tahun baru korang. Alhamdulillah masih lagi diberi nafas untuk meneruskan hidup. So apa azam korang untuk tahun ni? Tahun-tahun yang lepas leya tak pernah nak berazam-azam, cuma tahun ni je leya nak mula berazam.


Azam tahun ni mudah je. Solat 5 waktu penuh. Jadi anak yang baik. Berlaku sopan dan menjadi seorang manusia yang sabar serta tabah.Pehh ayat. Hahahaha


Wahhh leya tengok dekat news feed, tahun baru semua design blog baru ehhh. Huaaaa!!! cemburunya. Cantik-cantik semuanya. Hashtag i jeles. Leya hanya mampu tukar background je. Buat masa ni belum ada masa nak edit-edit, update tuto semua tuh. Sibuk dengan kerja.


Tapi jangan risau, walaupun leya tak update entry leya masih aktif berjalan blog ke blog yang lain. Sekarang misi mengklik iklan nuffnang. Heheheh kalau korang rajin, klik laa ye iklan nuffnang leya. mekasih.