Rahsia Leya hilangkan parut jerawat.

Assalamualaikum

Tajuk entry takley blaa. Rahsia laa sangat kan?  Okey ni sambungan untuk entry yang lepas. Siapa yang belum baca boleh Klik Sini. Harimau mati tinggalkan belang, Jerawat pergi tinggalkan bekas. Em em macam tak kena je. 



So apa rahsia leya hilangkan parut? Aku rasa ni bukan rahsia lagi sebab ramai yang menggunakannya. Aku pernah cuba hilangkan parut menggunakan tomato. Tak ingat mana datang idea tuh nak letak tomato kat muka. Entah blog mana yang aku baca, aku lupa. Aku beli dalam se-plastik ada laa dlm 8 biji. Buat stok. Tiap-tiap hari sebelum tidur aku lenyek-lenyek kan tomato tuh kat pipi. Rasa apa? Gatal-gatal wey. Serius, terpaksa laa tahan. Nak cantik kan? Hihiii. 



Dalam beberapa hari juga laa aku jalankan eksperimen ni tapi malangnya takde apa-apa perubahan. Lalu lebihan tomato tuh aku campak ke tong sampah. Jadi aku basuh laa muka aku macam biasa. Mengharapkan pagi esok bangun muka dah ploles. 





Dalam beberapa hari lepas tuh, aku ter-perasan dalam bilik abang aku ada bio oil. Dengar kata bio-oil ni boleh hilangkan segala parut. Aku pun try laa. Dalam sebulan je aku dah nampak kelainannya sampai ibu tegur "Eh,kak mana pergi jerawat kau? Kau pakai ape?" "Kenapa? orang pakai bio oil je bu" "Ouhhh dah nampak kurang laa". Adik aku pun cakap benda yang sama.


Abang aku cakap masa dia beli ni harga RM 50. Tak tahu laa sekarang ni dah berapa hinggit. Korang cuba laa. Mana tahu parut korang makin pudar, just like me. Tiap malam korang sapukan bio oil dekat bekas parut. Insya allah berkesan. Selawat jangan lupa ye.



Nah akak lanje selfie pagi tadi. Em lightning lebih ni. Tapi hakak tak guna filter ye.




Eh korang, siapa yang belum join segmen yang leya anjurkan klik sini sebelum terlambat ye. Leya dah nak umumkan tarikh tamat dah ni. 


20 comments:

  1. wahh dah peloles tuh ^^ saya guna bio oil jugak :) harga mmg agak mahal , tapi tahan lama jugak nak habis satu botol tu

    ReplyDelete
  2. wah. ploles dah. nak try la guna. i need it. haha

    ReplyDelete
  3. Whooaa .. dh plolessss ^^
    pernah guna tp pkai 3bln skli bru sapu.mna nk bkesan .. kohkoh

    ReplyDelete
  4. Wahhh plolesss bak angg .. hehehe

    ReplyDelete
  5. Ohh dah mahal ehh sekarang, dulu first Beeha beli botol besar tu baru 32 ringgit. Tapi memang berkesan even though kena sabar nak tunggu keberkesanan dia..

    ReplyDelete
  6. ada beli, tapi tak istiqamah pakai lolol pemalas punya pasal. pasni kena rajin guna tiap2 hari la....

    ReplyDelete
  7. Hehe goodjob kak leya^^ btw warna laptop kita sama ;))

    ReplyDelete
  8. salam , akak nak beli pon tak terbeli 2 hehe

    ReplyDelete
  9. akak try pakai yang bio oil dulu-dulu, tapi muka jadi berminyak. last-last stop pakai. hehe

    ReplyDelete
  10. macam saya ilangkan parut jerawat guna samada asahan kulit kayu manis, atau getah bawang putih.. setakat ni berkesan pada saya. Bio oil pun penah cuba gak, ok lah cuma kena rajin sapu hihihi

    ReplyDelete
  11. Wuh, nak kene cuba ni. Sy dah mintak bio oil percuma dgn kakak saya, huhuhu. Haraplah hilang jerawat ni.

    ReplyDelete