Yeah barang dah sampai!!

Assalamualaikum

Hi korang, maaf ler kalau ada sesiapa yang datang sini semata-mata nak tengok Hadiah GA. Ops sory ni bukan hadiah GA atau Freegift. Ini barang ana bayar sendirik. Hahhahaha.


Siapa kat sini dah pernah beli barang melalui online? Mesti tahu kan kejakunannya macam mana. Tapi kalau dah tiap-tiap bulan beli online aku rasa dah hilang dah penyakit kejakunan tuh. Aku beli online boleh dibilang sesaat je. Baru dua kali aku beli barang secara online. Penyakit jakun aku masih ada lagi




Masa first time beli online aku beli casing phone, that time umur aku baru 18. Nak bank in duit tuh tak tahu wey acane masa tuh. Hahahhaha kuno. Ada abang dekat bank tuh yang ajar macam mana nak bank in duit. Hmmm kira standard laa tak tahu kan. Takkan lahir-lahir dah tahu semua benda yang tak pernah dicuba. Bagi aku tuh standard kalau tak tahu benda-benda alah seperti ini. Dulu masa first-first dapat kad bank sendiri nak keluarkan duit sendiri pun ajak ibu berteman. Hhahahha tak ni ape masalahnya nak cerita pasal bank ke cerita pasal barang online, bahahhahahhaha


Berbalik pada first time beli barang online. Aku beli casing phone kan. Aku beli pre-order. Memang lama nak tunggu. Dalam sebulan baru aku dapat barang tuh. Tengok dalam gambar macam cantik, yela sebab casing tuh disarungkan dekat iphone 5s memang laa lawakan? Tapi bila dah sarung dekat phone aku yang jenama samsung ni terus hilang seri casing tuh. Sob sob


Bab yang tunggu menunggu tuh aku nak ulas sikit, aku mempunyai kesabaran yang amat rendah, tiap-tiap hari aku berharap yang casing phone tuh akan sampai. Tapi hakikatnya tidak. Walaupun tahap kesabaran aku rendah aku takdenya hari-hari nak chat orang tuh tanya "bila nak sampai, bila nak sampai". Aku cuma tanya kawan aku je "bila barang aku nak sampai wey" Leya bijak, leya tak tanya seller tuh. Leya tanya kawan. Jadi laa seperti leya.


Sesiapa yang nak beli barang pre-order make sure kesabaran uolls tahap tinggi. Jangan hari-hari chat dia orang tanya pasal bila barang nak sampai. Selang dua hari tanya takpe. Bahahhahahahahahah. Okey yang tuh kisah pertama kali beli barang online yang pre-order. Ni aku nak ceita pasal barang yang aku nak beli sedia ada tapi secara online. 


Aku beli apa? Beli dress +cardigen. hewhew. Actually aku malas nak beli online lagi takut lambat sampai atau barang tak sampai atau kena tipu. Tuh je i takut. Takpun i takut barang yang  beli tengok dalam gambar cantik bila sampai mata ni pula tak berkenan. Jadi aku dalam dilemma nak buat satu keputusan. Tapi iman aku tak kuat. Aku beli juga.


Hari ahad harituh aku dah bank in duit, hari isnin confirmkan detail dan hari rabu selamat sampai dekat rumah. Wahhh dia punya esaited hanya abe posmen yang tahu. Terkinja-kinja bila dengar motor posmen parking depan rumah. Saited wey, bahahahaha




Taraaaaaa, ini dia. Aku hanya post gambar ni je. Bagi yang siapa nak tengok dress dan cardigennya so sory camera Bad Quality pada waktu malam. Hhahahaha. Barang ni semua aku usha dekat IGSHOP. 


Kalau ada yang tercari-cari dekat mana nak beli casing phone boleh order dekat @casingparadiseee. Yang tercari-cari baju dress alaa-alaaa wanita berkerjaya boleh usha dekat @the.slf_store


Aku sebenarnya nak bagitahu pasal barang aku dah sampai je tapi dah melalut buka topic lain. Ampun ya buk. Genite..

14 comments:

  1. hahaha same here! tak tau macam mana nak bank in duit guna mesin tu last2 bagitau my mum jelah hahaha. & of course rasa excited tu ada bila dgr abg posmen datang rumah. hahaha lol

    ReplyDelete
  2. lawanyaaa... nbla jeles arhh.. xleh jdi. ai nak jugak.. haha.. ai pun gila beli online. pantang nmpk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang mana lawa tuh? Casing? hmm dah berkecai dah nab casing akak tuh. hahahhaha

      Delete
  3. Pergh~ casing tu jenis slippery x? Aien nak cri satu mcm currently aien pakai yg bli taun lpas. Tp IG nya ngak ada lagi sih.. ><

    ReplyDelete
  4. tapi kan.... kalau beli barang online mmg slalu essaited tunggu... kiki..

    ReplyDelete
  5. Nak order casing, boleh order dengan Mashu ^^ Mashu jual costomade casing :)

    ReplyDelete
  6. wah nak tengok ape dalam tuuuuuuuuuu haha

    ReplyDelete
  7. Raizah selalu beli online ig shop:) sekarang ni dah macam macam raizah beli kat ig shop tu ^^

    ReplyDelete
  8. Tak tahu kenapa akak baca genite tu jadi genit,.haha
    kasi ushar siki barang dlm tu :P

    ReplyDelete
  9. Wahhhh snap sikit apa dlm parcel tu haha

    ReplyDelete
  10. bab tunggu brg mmg xcited tp bila nampk abg posmen berdebor la plak nak trm brg tu...hikhik..mengada betul..

    ReplyDelete